persada

persada

Thursday, July 12, 2012

Abdullah bin Sabak


Kejatuhan Bangsa Arab Dan Revolusi Islam

Mengimbas Ke Zaman Silam

Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Muhajirin dan Ansar telah bekerja keras membina sebuah kerajaan Islam di Madinah selepas peristiwa hijrah. Setelah wafatnya Baginda SAW, Saidina Abu bakar as siddiq dan Saidina Umar al khattab, telah terjadi atau lebih tepat lagi telah bermulanya fitnah terhadap umat Islam yang didalangi oleh Abdullah bin Sabak yang berlagak seperti seorang yang alim dan warak. Beliau berjaya memecahbelahkan umat Islam kepada 2 puak yang bertentangan iaitu puak yang menyokong kepimpinan Saidina Ali dan satu lagi puak memihak kepada Saidina Uthman. Abdullah bin Sabak berpura-pura menyokong Saidina Ali dan dengan lantang menyatakan bahawa Ali lebih layak menjadi khalifah Islam pada masa itu berbanding Uthman yang dipilih pada ketika itu. Hinggalah pada satu ketikaUthman dibunuh oleh pemberontak yang didalangi Abdullah bin Sabak. Ketika itu terdapat kira-kira 6000 orang pemberontak di Madinah. Ketua-ketua pemberontak itu sebulat suara melantik Ali bin Abu Thalib menggantikan Uthman sebagai khalifah.
Melihat pada keadaan yang kucar-kacir ini, bani Umaiyah dan Muawiyah bin Abi Sofian yang pada ketika itu berkedudukan sebagai gabenor di Syria (meliputi Syria, Palestin, Lubnan dan Jordan sekarang) mengambil kesempatan dengan kononnya berjuang menuntut bela atas kematian Uthman dan memerangi Ali. Tambahan pula Ali gagal mengadili kematian sahabatnya itu iaitu Uthman. Ini adalah kerana Uthman dibunuh pemberontak manakala Ali sendiri dilantik oleh pemberontak itu. Kesudahannya tercetuslah perang saudara pertama dalam Islam diantara Ali dan Muawiyah. Ali hampir menang dalam perang itu tetapi Muawiyah yang pintar mengatur strategi lebih bijak memperdayakan Ali dengan menjunjung al-Quran dan menyeru ummah kem, bali pada ajaran Allah dan Rasul-Nya. Ali terpaksa menghentikan perang itu untuk berunding. Oleh sebab itu, sebuah golongan telah keluar dari barisan tentera Ali golongan ini kemudiannya digelar Khawarij yang menentang Ali dan Muawiyah kerana bagi mereka kedua-dua tokoh ini menjadi punca perpecahan umat Islam. Mereka melihat Ali, Muawiyah dan Amru bin Ash sebegai tokoh yang perlu ditentang dan dibunuh. Tetapi mereka hanya berjaya membunuh Ali. Setelah wafatnya Ali, Hasan bin Ali dilantik sebagai pengganti. Beliau digelar Imam Hasan oleh penyokong Ali iaitu Syiah.
Imam Hasan mahu mengelakkan terjadinya kekacauan sekali lagi lantas menyerahkan gelaran khalifah kepada Muawiyah. Tetapi pada masa yang sama Muawiyah dikatakan menggunakan harta dan pelbagai janji manis demi mendapatkan jawatan itu. Setelah berkuasa, Muwiyah mencabul konsep republik yang diteraskan oleh Rasulullah SAW dengan menjadikan jawatan khalifah sebagai hak keturunannya.

PERIHAL MAZHAB SYIAH
Pembantu Ali bin Abi Thalib atau lebih dikenali sebagai syiah asalnya adalah sebuah gerakan politik yang membela dan mempertahankan Saidina Ali. Gerakan ini berpecah-belah kepada puak-puak tertentu seperti Sabaiyah, Kaisaniyyah, Zaidiyah dan Imamiyyah (imam 12). Golongan imam 12 dari sudut fiqh menekankan kepada mazhab ahlil bait atau kemudiannya dikenali sebagai mazhab Jaafariyah. Mazhab ini diasaskan oleh Jaafar bin Muhammad Baqir bin Ali bin Hussain bin Ali bin Abu Thalib iatu imam yang ke 12 dalam susunan imam 12.
Jaafar bin Muhammad Baqir ini juga dikenali sebagai Asshadiq berkhidmat sebagai guru di Madinah yang mengajar berasaskan al-Quran dan hadis dari ahli bait sahaja. Antara muridnya ialah Imam Malik bin Anas iaitu Imam besar mazhab Maliki dan Imam Abu Hanifah iaitu Imam besar mazhab Hanafi. Tetapi ajaran Jaafariyah lari daripada ajaran Islam sebenar kerana mempercayai bahawa imam mereka adalah maksum walhal sifat maksum dikurniakan Allah SWT kepada rasul dan nabi-Nya sahaja. Satu lagi perkara mengenai ajaran ini ialah lafaz syahadah mereka yang agak berbeza iaitu...
La Ilalahaillallah Muhammadun Rasulullah Aliyun Waliullah Wasi o Rasulullah

Lafaz ini membuktikan betapa setianya mereka kepada Saidina Ali. Bagi mereka Ali adalah Imam agung mereka yang pertama. Di sini dapat saya senaraikan 12 Imam-Imam yang disanjungi oleh golongan ini.
1. Ali bin Abu Thalib
2. Hassan bin Ali
3. Husain bin Ali
4. Ali bin Husain(atau lebih dikenali sebagai Zainul Abidin)
5. Muhammad bin Ali bin Hassan
6. Jaafar bin Muhammad Baqir
7. Musa bin Jaafar
8. Ali bin Musa bin Jaafar
9. Muhammad bin Ali bin Hussain
10. Ali bin Muhammad bin Ali bin Musa
11. Hasan bin Ali bin Muhammad
12. Muhammad bin Hasan bin Ali

Kepercayaan terhadap mazhab ini diperkukuhkan lagi dengan kononnya terdapat sebuah hadis daripada Rasulullah SAW bahawa baginda akan digantikan oleh 12 orang imam yang mana kesemuanya adalah keturunan Quraish. Dalam mazhab ini mereka turut mempercayai bahawa imam mereka yang ke 12 iaitu Muhammad bin Hassan dalah Imam Mahadi yang ditunggu oleh seluruh umat Islam ibunya bernama Narjis Khartum dan beliau ditunggu-tunggu oleh penganut Syiah di Parsi atau dikenali sebagai Iran kini. Untuk menjelaskan serba sedikit tentang kepercayaan penganut syiah ini, dapat saya catatkan sedikit perihal kehidupan beliau.

Beliau dilahirkan pada 15 Syaaban tahun 255 hijrah di kota Samara. Beliau lahir pada tarikh yang sama dengan Nabi Musa AS. Perlu diingat bahawa kelahiran Nabi Musa membawa petanda kehancuran dan kemusnahan empayar firaun laknatullah di Mesir. Seperti juga Nabi Musa, kelahiran beliau juga dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana pemimpin kerajaan bani Abbasiyah ketika itu yang digelar al Mu’tamad mengetahui akan hal ini dan memerintahkan Narjis Khartum ditangkap dan disoal siasat. Demi anaknya Narjis menipu pembesar itu dan beliau dipenjara. Semasa di penjara Narjis dikawal di bawah pengawasan Qadhi Abu Shurap yang diarahkan supaya membunuh anak yang dikandung Narjis selepas dilahirkan kelak. Tidak lama kemudian terjadi sebuah pemberontakan besar dan al-Mu’tamad terlepas pandang mengenai Narjis dan Narjis akhirnya dibebaskan dan perihal anaknya terus dilupakan. Muhammad bin Hassan atau gelarannya iaitu imam suci bagi penganut Syiah disembunyikan ayahnya iaitu Imam Hasan Askari dan sentiasa dibawa kemana-mana sahaja oleh bapanya sejurus dilahirkan. Hari ke duabelas imam suci dilahirkan, bapanya berkata “inilah bakal penggantiku. Kamu semua hendaklah menghormatinya. Dialah yang akan memberi keadilan dan berkat di atas dunia ini. Selepas ini tiada lagi keadilan. ”

Setelah bapanya meninggal duniam, imam Muhammad ghaib dan tidak diketahui kemana menghilangnya.

Menyentuh mengenai hadis yang saya nyatakan sebelum ini, iaitu mengenai hadis Rasulullah SAW mengenai kedudukan imam 12 yang dikatakan sebagai pengganti baginda, tiada kesahihan mengenainya. Jika hadis ini benar, mengapa sahabat Baginda yang paling rapat iaitu Abu Bakar as Siddiq menerima jawatan Khalifah Islam pertama?

KEPINCANGAN DARI SUDUT PERUNDANGAN ISLAM

Bukan sahaja jaran syiah, ajaran Sunnah juga terbahagi kepada beberapa ajaran. Antaranya Mazhab Syafie, Hambali, Hanafi dan Maliki. Oleh itu terdapat percanggahan dari beberapa aspekperundangan Islam didalam kesemua ajaran ini. Sebagai contoh, puak Syiah di Syria yang menggelarkan diri mereka sebagai, ’Alawiyin memerintah Syria dengan dasar Maxis-Lenin atau komunis digelar kafir oleh penganut Syiah yang lain bahkan cendikiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun turut mengatajan golongan ini kafir.

Imam-imam Besar 4 mazhab utama Ajaran Sunnah ini memainkan peranan dalam kekalutan mengenai perihal undang-undang dalam agama Islam. Oleh itu, wajarlah kiranya kita mengetahui sedikit sebanyak tentang mereka. Seperti yang diketahui, kepakaran keempat-empat tokoh ini bukan hanya pada satu bidang sahaja. Tetapi meliputi pelbagai jurusan ilmu duniawi dan ukhrawi. Mazhab –mazhab inilah yang dikatakan punca perpecahan ummah. Walhal Islam yang dibawa Muhammad SAW sudah cukup sempurna pembawaannya.

Nu’man bin Tsabit lahir di Kufah tetapi berketurunan Parsi. Beliau mempelopori ajaran Mazhab Hanafi yang pertama kalinya diperkembangkan oleh muridnya iaitu Abu Yusuf pegawai undang-undang kerajaan bani Abbasiyah yang dipimpin oleh Harun Aal Rasyid, maka berkembanglah ajaran Hanafi dibawah bendera Abbasiyah. Mazhab iniberkembang sehingga ke Afrika tetapi pda tahun 358, kekuasaan politik di Mesir terjatuh kepada raja-raja yang mendakwa keturunan Fatimah dari Syiah Ismailliyah. Oleh bermbanglah pula ajaran ini. bagaimanapun setelah Mesir berjaya dikuasai oleh Al Ayyubi, Mazhab Syiah dihapuskan dan Mazhab Hanafi kembali ditegakkan.

Dalam pada itu anak murid Imam Malik bin Anas turut bergiat aktif menyampaikan ajaran yang dipelopori guru mereka ke seluruh tanah hijjaz. Kepesatan penyebaran mazhab ini membuatkan penyebar mazhab Hanafi mula terdesak untuk bertapak kembali. Sementara itu di Andalus (Sepanyol) mazhab ini mulai berkembang menggantikan mazhab Imam Al Auza’i. Setelah kukuhnya tapak mazhab ini di Andalus, jawatan dalam mula dipegang oleh pengikut mazhab ini.

Muhammad bin Idris atau lebih dikenali sebagai Imam Syafie lahir pada tanggal 150 hijrah, iaitu tahun yang sama Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Beliau murid yang diibaratkan sebagai pembantu kanan Imam Malik dan pernah mengajar menggunakan kitab al mauthok karya Imam Malik. Semasa berada di Baghdad, beliau berbincang dengan ahli-ahli fiqh di sana dan belajar pula ajaran Hanafi. Setelah berada di Mesir, beliau menggubal kedua-dua ajaran ini dan hasilnya timbullah ajaran Syafie. Masjid Amru bin Ash di Mesir menjadi tapak bermulanya ajaran ini.

Ahmad bin Hambal Lahir di Baghad dalam tahun 164 hijrah. Beliau dikenali kerana kekuatan pendiriannya yang tidak mampu diubah oleh sesiapapun. Beliau pernah dipenjarakan kerana menegaskan bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT sedangkan pembesar Abbasiyah pada masa itu menyatakan al-Quran adalah makhluk. Diketahui bahawa beliau sangat hebat mempertahankan sunnah Rasulullah SAW. Mazhab Hambali yang dibawa beliau tertumpu disekitar Iraq dan Syam. Fahaman ini dibawa dari abad ke 3 hirah lagi namun hanya tiba di Mesir kira-kira abad ke 6 hijrah.

Ajaran ini mempunyai seorang yang berpegang teguh dengannya iaitu Taqiuddin ibnu Taimiyyah dan kemudian Muhammad bin Abdul Wahab dari padang pasir Nejad telah mengikut jejaknya. Ajaran ini dibawa dengan jayanya di padang pasir dan bermulalah gerakan wahabi.

AKIBAT PERPECAHAN UMMAH


Kesan daripada perpecahan ini, para Ulama Islam terpecah kepada 2 golongan iaotu yang bekerjasama dengan pemerintah dan yang tidak bekerjasama dengan pemerintah. Golongan yang tidak bersama dengan pemerintah berjuang dengan berlandaskan Quran dan Sunnah. Mereka datang dari ilmu Fiqh oleh itu terciptalah pelbagai mazhab baru. Ulama yang memihak pada pemerintah pula asyik dengan peperangan saudara sedang musuh diluar mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang-bidang yang lain.

Perbezaan pendapat mengenai Ketuhanan, roh dan akhirat menguatkan lagi perpecahan ini. Walhal di zaman Nabi Muhammad SAW, hal ini tidak pula ditimbulkan. Mereka telah cukup dengan al Quran. Seperti yang telah termaktub dalam al Quran,

“ itulah kitab yang tiada sebarang keraguan padanya, yakni petunjuk bagi orang-orang yang mahu berbakti. Yakni (mereka) yang percaya kepada yang ghaib (Allah, malaikat, akhirat, dan sebagainya. ) dan mendirikan solat dan membelanjakan (mengeluarkan zakat) sebahagian dari apa-apa yang kami (Allah) kurniakan kepada mereka. Dan yang percaya kepada segala apa yang diturunkan kepada kamu (Muhammad) dan kepada segala yang diturunkan terdahulu daripadamu, dan mereka sungguh-sungguh percaya kepada akhirat (iaitu kehidupan semula di alam yang lain dari dunia yang fana ini). Atas mereka itulah petunju Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (disisi Allah)”. ;Al Baqarah ayat 2 hingga 5

Akibat dari perpecahan ini, ulama Islam terpecah lagi kepada 2 kelompok iaitu yang menerima pengajaran tasawwuf dan tharikat. Ibnu Taimiyah, iaitu seorang pemimpin di zaman itu bertindak memerangi golongan tasawwuf dan mengajak umat Islam kembali pada ajaran sebenar berpandukan al Quran dan as Sunnah. Ini kerana beliau berpendapat bahawa ajaran tasawwuf lebih banyak merugikan ummah daripada menguntungkan. Ini kerana ajaran ini hanya mementingkan urusan akhirat sahaja walhal Islam itu sendiri adalah bersifat menyeluruh.

Sekadar merenung kembali ajaaran sebegini, umat Islam yang terlalu cenderung terhadap ajaran ini tentunya akan melupakan terus urusan duniawi seperti teknologi dan sains. Oleh itu amat rugi kiranya umat Islam terus ketinggalan dan membiarkan golongan kafir terus meninggalkan kita dalam menguasai cabang ilmu tersebut.

MENANTI MAHDI DAN MUSUH TERULUNG

Seperti yang telah dijanjikan Rasulullah SAW, musuh umat Islam yang terulung bernama Dajjal akan menampilkan diri bagi menyesatkan umat islam. Tetapi turut diperkatakan Baginda adalah kemunculan sang penyelamat iaitu Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa bagi menegakkan kembali keadilan dan perpaduan ummah.

Difahamkan Dajjal ialah sekumpulan orang Yahudi yang menguasai politik, ekonomi dan memecahbelahkan umat Islam dan Kristian dan juga melahirkan fahaman komunis yang dahulunya berpusat di Rusia (zaman Soviet Union). Dajjal telah lama berleluasa dan Yahudi pun telah lama memijakkan kaki ke tanah Palestin yang satu ketika dahulu pernah diharamkan kaki mereka memijaknya.

Timbul pula persoalan dimana pula Imam Mahdi yang ditunggu umat Islam, adakah beliau telah mula menggerakkan jenteranya untuk memerangi golongan kafir. Untuk menyelidiki hal ini, kita perlu melihat perkembangan di tanah arab kerana disanalah letaknya kekuatan umat Islam iaitu minyak. Majoriti minyak dunia terletak disana dan ini boleh dimanipulasi demi kepentingan Islam. Tetapi melihat keadaan sekarang, amat malang sekali terutamanya kerajaan Arab Saudi dilihat tunduk kepada barat dan semakin melupakan tanggujawab terhadap masyarakat Islam. Sesungguhnya Muhammad SAW telah memberi peringatan mengenai hal ini menerusi hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah bersumber dari Abu Hurairah

“ apabila orang-orang yang telanjang kakinya, telanjang tubuhnya dan pekerjaannya menggembala kambing, tiba-tiba menjadi ketua-ketua orang ramai, maka itu adalah sebahagian daripada tandanya. Dan apabila para pengembala kambing itu pun bermegah-megah dengan gedung-gedung besar dan bangunan-bangunan bertingkat, maka itu adalah tanda ataupun alamat.

Perlu diingat sejak penemuan emas hitam di tanah arab pada 1936, dajjal-dajal berkebangsaan Amerika Syarikat berlumba-limba masuk ketanah arab menggali hasilnya. Hasilnya dapat kita lihat dengan pesatnya pembangunan di sana tanpa ada teknologi dari kalangan umat Islam dipakai.

Berdasarkan situasi yang berlaku kini, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kemunculan sang penyelamat itu tadi tetapi yang nyata Dajjal telah pun muncul dan telah pun berjaya menguasai sebahagian ummah dengan pelbagai jalan songsang. Tetapi dengan keaadan yang semakin meruncing kini, masanya hampir tiba dan siapa tahu beliau mungkin berada dikalangan kita sekarang.

KEBANGKITAN ISLAM

Allah telah memberitahu bahawa kekuasaan di muka bumi ini adalah sesuatu yang digilirkan antara manusia. Ini bermaksud tiada penguasa yang akan terus berkuasa sampai bila-bila. Tidak kira apa bangsa, agama atau pegangan suatu pemerintah itu, ianya tetap akan kehilangan kuasanya kelak. Namun begitu kebangkitan atau revolusi umat Islam adalah sesuatu yang tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh kebangkitan pertama umat Islam dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Menerusi al Quran, Allah SWT telah memberi amaran kepada bangsa arab yang memerintah supaya sentiasa tunduk dengan suruhan-Nyadan membelanjakan kekayaan yang dikurniakan kepada mereka semua kejalan Allah. Malah Allah telah memberi amaran kepada mereka bahawasanya Allah akan menggantikan mereka dengan bangsa yang lain sekiranya mereka berpaling daripada Allah SWT.

Para sahabat bingung memikirkan hal ini, sehinggakan mereka bertanya kepada Rasulullah siapa yang akan menggantikan bangsa mereka iaitu bangsa arab untuk mengepalai ummah dan tidak bersikap sama seperti bangsa mereka. Lalu Rasulullah menepuk bahu Salman al Farsi RA dan berkata,

“ Orang ini dan bangsanya! Sekiranya agama ini berada di bintang maka akan dapat digapai oleh pahlawan-pahlawan dari Farsi”

Jelas dari maksud hadis ini diterangkan Allah dan Rasul-Nya bahawa kepimpinan bangsa arab akan digantikan oleh bangsa Farsi yang menetap di Iran pada masa kini.

Menurut konteks sekarang dapat kita lihat walaupun berlainan fahaman daripada kita, negara Iran menjadi antara kuasa besar yang ditakuti musuh Islam. Mereka juga seolah-olah memimpin umat Islam supaya menegakkan kembali syiar Islam yang dipandang rendah sejak kebelakangan ini. Dan boleh kita lihat juga betapa takutnya negara-negara arab terhadap kuasa kafir seperti Amerika Syarikat dan rejim zionis Israel. Kekuatan menerusi emas hitam dipergunakan sepenuhnya negara Iran bagi mempertahankan negara mereka sedangkan negara arab merelakan hasil bumi mereka kurniaan Allah dijamah sesuka hati oleh ejen-ejen 2 negara kafir ini. Malah ada negara arab yang menyokong kemusnahan negara Islam yang lain semata-mata kerana berlainan fahaman sedangkan hanya Allah sahaja yang maha layak mengadili umatnya.

Untuk memperjelaskan lagi mengenai hal ini ingin saya ringkaskan sebuah ayat al Quran dari surah Muhammad ayat 38
1. Kamu ini, hai (orang-orang arab) yang diajak
2. supaya kamu membelanjakan (harta kekayaan yang di anugerahkan kepada kamu)
3. Pada jalan Allah (iaitu menegakkan yang benar menurut ajaran Allah)
4. Tetapi di antara kamu ada orang-orang yang bakhil
5. Barang siapa yang bakhil (untuk jalan Allah, tetapi boros pada jalan syaitan) maka kebakhilan itu hanya membahayakan diri mereka sendiri.
6. Sebenarnya Allah adalah kaya, sedang kamu adalah fakir. (iaitu makhluk yang berkehendak kepada Allah)
7. Sekiranya kamu berpaling, akan diganti (atau ditukarkan oleh Allah untuk mengambil peranan menghayati Islam) dengan satu kaum (bangsa) yang lain daripada kamu. (bangsa arab)
8. Adapun kaum (bangsa) itu tidak (bersikap) seperti kamu. (orang-orang arab)

Sesungguhnya Allah telah berjanji menerusi al Quran dan sesungguhnya janji itu pasti ditunaikan kelak.

SA’AH DAN PERIHAL MAHDI
Umat Islam bolehlah diumpamakan seperti singa tua yang sedang lena diulit mimpi. Kerana sifatnya yang tua maka kerap dipermainkan musuh. Tetapi anggaplah singa itu telah bangun dari tidur yang panjang dan dengan izin Allah akan diberi kekuatan yang baru. Islam akan menguasai bumi melalui konsep ad Din ekonomi dan kekuatan pertahanan.

Namun begitu amat sukar bagi negara arab menerima bangsa Iran sebagai ketua. Oleh itu amat logik kiranya Imam Mahdi yang ditunggu hadir dari kalangan bangsa arab. Ini adalah kerana perkara pertama yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan Islam adalah penyatuan ummah itu sendiri.

Menurut sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud tidak akan terjadi Sa’ah (kehancuran) sehingga keluar seorang lelaki dari Khahthan yang akan memimpin manusia dengan tongkatnya. Mulanya kebangkitan Islam pada hemat saya akan berlaku di Iran apabila melihatkan situasi sekarang. Yang nyata Iran akan menjadi perintis dan pembantu kemunculan Mahdi.

Di Iran terdapat kira-kira 600ribu orang (jangkaan pada tahun 1980-an) yang kebanyakannya keturunan Hussain bin Ali. Ini bermakna bangsa Iran adalah bangsa yang banyak menampung keturunan Hussain bin Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW. kebangkitan mereka adalah kebangkitan abad ke 14 belas yang mendapat tiupan semangat baru dengan para ulama intelektual yang menguasai berbagai bidang ilmu. Justeru kebangkitan ini sama sekali tidak sama dengan syiah yang zaman sebelumnya.

Kita pernah digemparkan dengan lintasan komet halley yang mendekati bumi beberapa ketika dulu, mungkinkah ini yang dinamakan Sa’ah yang telah dijanjikan? Perlu diingat bahawa komet ini mampu memusnahkan apa saja dalam laluannya dan dijangka akan menghampiri bumi sekali lagi nanti malah pihak barat sedang giat mengkaji komet ini bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai komet ini.

Kita tidak perlu panik kerana janji Nabi Muhammad SAW bahawa perkara ini tidak akan terjadi selagi lelaki bernama Mahdi belum keluar menunaikan tanggungjawabnya. Apa yang saya perkatakan mengenai komet halley hanyalah secebis peringatan dari Allah SWT bahawa Sa’ah makin hampir, tetapi perlu diingat ini adalah perkara ghaib yang hanya diketahui-Nya........ wallahhualam

PENUTUP
Alhamdulillah berkat kurnian-Nya saya berjaya menyiapkan tugasan yang diberi oleh Ustaz Abd Aziz. Segala yang saya ungkapkan dalam penulisan ini adalah hasil pemerhatian saya dan pembacaan saya terhadap perkara tersebut. Tiada manusia biasa yang sempurna, oleh itu pasti akan ada kesilapan yang dipertikaikan umum hasil penulisan ini. Saya memohon jutaan kemaafan jika ada yang kurang senang dengan penulisan ini tetapi ini adalah pendapat peribadi saya yang saya luahkan menerusi naskhah ini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa saya melihat penganut Syiah di Iran sebagai bangsa yang memulakan revolusi Islam, tetapi jawapannya telah saya tuliskan bersama dengan hadis Rasulullah SAW dan juga dari surah Muhammad. Oleh itu renung-renungkanlah. 

No comments: