persada

persada

Wednesday, February 29, 2012

12 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa 

kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

Semasa Lailatul-Qadar.

Ketika hujan turun.

Ketika memulakan dan setelah selesai solat.

Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.

Di tengah malam.

Di antara azan dan iqamah.

Ketika sujud dalam solat.

Ketika iktidal akhir dalam solat.

Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.

Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).

Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit 



fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.


Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Saturday, February 11, 2012

Kelebihan Solat Berjemaah..


Pertembungan antara tuntutan duniawi dengan ukhrawi membuatkan umat Islam pada akhir zaman ini semakin payah melaksanakan solat berjemaah sama ada di masjid mahupun surau di kejiranan tempat tinggal mereka.
Sedangkan kalau diteliti beberapa ayat-ayat al-Quran dan hadis, jelas dinyatakan tentang kelebihan atau ganjaran daripada solat berjemaah.
Antaranya, Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang dengan berjemaah itu digandakan 25 kali ganda berbanding solat yang dikerjakan di rumah atau di pasar. Demikian itu, kerana apabila seseorang berwuduk dan menyempurnakan wuduknya, kemudian pergi ke masjid dengan tujuan khusus untuk solat, maka setiap kali ia melangkah kaki, diangkat satu darjat dan dihapuskan satu dosa. Dan bila ia mengerjakan solat, maka malaikat sentiasa memohon rahmat kepadanya selama ia berada di tempat solat selagi ia tidak berhadas (doanya iaitu): “Ya Allah, ampunilah dia ya Allah kasihanilah ia. Dan (para malaikat sentiasa mendoakan) selama ia menanti solat. (Riwayat Muslim)
Begitu juga yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya solat berjemaah dua 27 kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian (riwayat Muslim).
Manakala dalam surah al-Nisaa’ ayat 102 yang menunjukkan bahawa semasa dalam medan perang sekalipun, kita diperintah oleh Allah SWT untuk bersolat secara berjemaah. Inikan pula jika di dalam keadaan aman, maka ia adalah lebih utama.
Hakikatnya, kalau disoroti sirah Rasulullah SAW, didapati bahawa baginda mendirikan solat secara berjemaah selepas berhijrah ke Madinah.
Selama 13 tahun baginda tinggal di Mekah, solat berjemaah tidak dapat dilaksanakan secara aman kerana umat Islam pada ketika itu sentiasa diancam oleh pihak kafir Quraisy.
Maka pada masa itu solat hanya dilaksanakan secara bersembunyi atau bersendirian. Bagaimanapun perpindahan atau penghijrahan ke Madinah membolehkan solat berjemaah dilakukan secara terang-terangan.
Menyedari hukum solat jemaah itu adalah fardu kifayah maka tidak kurang juga yang mengambil mudah mengenainya.
Ramai yang berfikir bahawa solat fardu berjemaah bersama keluarga adalah lebih baik. Sedangkan itu tidak ditunjukkan oleh Rasulullah. Jika ada pun, hanyalah dengan solat-solat sunat.

42 Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W..


Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani menyatakan kelebihan berselawat ke atas nabi di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah. Beliau 

meriwayatkan drpd Ibnu Farhun berkata ” Berselawat kepada nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Perkara ini 

tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

1. melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kepada Rasulullah S.a.w.

3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat

4. bersamaan dengan selawat para malaikat

5. dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat

6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat

7. dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat

8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

9. mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.

10. mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban

11. Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita

12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.

13. mendapat darjat al-sidq

14. ditunaikan segala hajat

15. selamat sejahtera pada hari kiamat

16. Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat

17. mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga

18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat

19. Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan

20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa

21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu

22. tidak akan merasai fakir

23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil

24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w

25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga

26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis 

lagha

27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut 

selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat

29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh

30. disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak

31. mendapat keberkatan Alalh

32. mendapat kesempurnaan iman

33. kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.

34. mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.

35. setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung

36. teguh pendirian dengan kebenaran

37. berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri 

nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.

38. berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.

39. mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.

40. berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri

41. antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya

42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Apakah Hukum Hudud???



Definisi
Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 ).Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya. Fikir-fikirkan jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku meleluasa? miinum arak menjadi suatu kebiasaan sehinggakan boleh dimaafka untuk kali pertama?kejadian pecah rumah, rompakan mesti berlaku setiap hari? Inilah sedikit coretan mengenai hukum hudud, mungkin pada keluaran akan datang, kita akan mengulas mengenai syarat sesebuah negara untuk melaksanakan hukum hudud pula.

By Arkib Islam....

Monday, February 6, 2012

Pedoman

Boyfriend: Saya rasa kita kena break sekarang!

Girlfriend: Kenapa? Awak tak sayang kat saya dah ke?


Boyfriend: Sebab saya sayang awaklah, saya kena break dengan awak...


Girlfriend: Jadi kenapa?


Boyfriend: Tiap2 hari awak call saya, mesej saya, tanya khabar saya.. tapi awak call tak mak awak tiap2 hari?


Girlfriend: (diam...)


Boyfriend: Saya kesian dekat mak ayah awak.. saya takpela.. couple ni dosa tapi lelaki tanggung dosa dia sendiri... tapi awak 

tak... sebelum awak kahwin, mak & ayah awak akan tanggung dosa awak... awak tak kesian ke kat mak & ayah awak?Awak 

call saya tiap2 hari sedangkan saya tak menanggung awak pun kecil2 dulu... mak ayah awak yg jaga awak sampai sekarang.


Girlfriend: Hurm...


Boyfriend: Awak tunggu saya boleh? Kalau ada jodoh kita, saya akan kembali pada awak bila saya dah berjaya dan bila saya 

dah membentuk diri saya supaya saya layak membimbing awak dan kita boleh berpimpin tangan ke syurga Allah, InsyaAllah.


Girlfriend: Mulanya saya susah nak terima tapi saya sedar saya mesti menyayangi ibu bapa saya dulu... Terima kasih awak

x