persada

persada

Thursday, October 11, 2012

Ad Din sebagai Nasihat


Nasihat merupakan  suatu perkara wajib bagi tiap-tiap individu. Nasihat bermakna 

memelihara hati orang yang diberi nasihat dan suci daripada tipu daya serta khianat. 

Nasihat juga merangkumi perkara-perkara berkaitan Islam, Iman dan Ihsan. Nabi 

menyarankan sasaran nasihat iaitu nasihat kepada Allah dengan cara menunaikan segala 

perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Nasihat kepada kitab Allah (Al-Qur'an) dengan 

cara mempelajari, memahami dan mengamalkan apa sahaja hukum yang terdapat di 

dalamnya. Seterusnya mengajar dan menyampaikan kepada orang lain. Nasihat kepada 

Rasulullah s.a.w dengan cara mentaati segala sunnah baginda yang ditinggalkan kepada 

kita dan menerima sunnah baginda yang ditinggalkan kepada kita dan menerima sunnah 

seiring dengan Al-Qur'an. Kita bukan sahaja diwajibkan mentaati Baginda sewaktu hidup 

bahkan setelah baginda wafat pun ketaatan wajib dilakukan. Nasihat kepada imam-imam 

orang Islam (pemimpin atau pemerintah) dengan cara menasihati mereka agar barlaku baik 

dalam pemerintahan. Jujur dan ikhlas dalam menerajui masyarakat. Menegakkan makruf dan 

menjauhi mengkar, ketaatan untuk mereka hanya berlaku apabila pemerintah mengamalkan 

apa yang dituntut oleh Allah s.w.t. Kita wajib mentaati mereka selagi mana pemerintahan 

mereka tidak keluar dari syariat Islam.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Sesiapa yang tidak mementingkan urusan orang Islam, 

maka ia bukan dari kalangan mereka, sesiapa yang diwaktu-waktu pagi dan petang tidak 

menasihati tentang Islam, Rasul dan Kitabnya kepada imam (pemimpinnya) dan orang-orang 

awam, maka ia bukan dari kalangan mereka."


Dewasa ini amalan nasihat menasihati di kalangan kita telah mula pudar. Sikap ego dan 

sombong menyebabkan hati tertutup daripada menerima nasihat, kita ingat kitalah manusia 

yang sempurna serta tidak perlu ditegur. Apabila di nasihat atau ditegur kita akan mudah 

melenting. Bukankah itu satu perkara yang merugikan kita. Sebenarnya tiap-tiap manusia 

memerlukan nasihat, kita tidak dapat menilai diri kita kerana kita bukannya manusia yang 

sempurna dalam setiap aspek. Hanya orang lain yang memandang kita sahaja yang dapat 

menilai serta membantu kita dalam proses untuk menjadi manusia yang hampir kepada 

kesempurnaan. Menerima nasihat bukan bermakna kita akan dipandang hina tetapi 

menerimanya merupakan amanah serta kepercayaan orang ramai terhadap kita.


Justeru itu, marilah kita sama-sama kita membuka serta melapangkan hati seluas-luasnya 

bagi menerima apa sahaja nasihat dan kritikan daripada saudara kita. Sesungguhnya 

nasihat itu bertujuan untuk membina peribadi muslim serta mengingatkan kita kepada 

kekuasaan Allah Ta'ala.

rujukan : Suara Pusat Islam Upm