persada

persada

Monday, June 4, 2012

Hadis Tarmizi

Sunan Tirmidzi 2454: Dari 'Ubadah bin Ash Shamit Rasulullah saw bersabda: "Di syurga ada seratus tingkat.

Jarak antara masing-masing tingkat seperti antara bumi dan langit dan Firdaus adalah syurga tertinggi, darinya empat sungai syurga memancar.

Di atasnya 'Arsy (dan) bila kalian meminta kepada Allah, mintalah (syurga) Firdaus." (Sahih)

Sedikit Pengajaran : 

a). Di syurga mempunyai pelbagai tingkatan dan yang paling tinggi adalah Syurga Firdaus. Nikmat di Syurga Firdaus ini tidak dapat dibayangkan dengan mata, hati dan pemikiran atau tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Di dalam syurga paling rendah saja kita dapat apa sahaja yang kita inginkan, apatah lagi syurga tertinggi?

b). Luasnya antara tingkatan syurga menunjukkan besar dan betapa hebatnya ciptaan Allah. Ketahuilah bahawa syurga itu sangat luas, jadi mengapa kita perlu berdengki? Maksudnya janganlah berdoa untuk diri sendiri sahaja, doakanlah Syurga Firdaus kepada kedua ibu bapa kita, sanak saudara serta orang yang kita kenal atau tidak kenal.

c). Janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Jika kita orang yang kurang ibadatnya, kurang ilmunya maka siapa ‘mereka’ yang mahu menghalang kita dari meminta syurga Firdaus? Saya pernah mendengar seorang ustaz berceramah kononnya orang yang malas bersolat dan sebagainya tidak layak meminta syurga Firdaus, seolah-olah syurga Firdaus itu miliknya.

Janganlah begitu. Ikutlah seperti yang dikatakan oleh Nabi saw, “…bila kalian meminta kepada Allah, mintalah (syurga) Firdaus”…. Perkataan ini umum kepada semua manusia yang beriman. Oleh itu tiada siapa yang boleh menghalang kita dari meminta kepada Allah.

Bersamalah kita berdoa supaya kita semua dikurniakan Allah syurga Firdaus. Allahumma Aamiin..

No comments: